Blogger Layouts

Followers

Monday 31 October 2011

nikah khitbah (gantung): perkahwinan kampus

Khitbah Bukan Tunang


Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.


Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.


Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.


Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.


Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?


Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.


Khitbah di IPT


Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.


Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.


Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.


Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.


Risiko


Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama! : )


link daripada mavourneen :)

Saturday 22 October 2011

KMPP dalam kenangan..:D

tak lama lagi aku dan semua studentas KMPP batch 10/11 akan menamatkan pengajian.. tak sabar betol!! so, sbgai kenagan agar tak rindu2an nanti, aku terasa teringin nak upload gmbar kmpp yg aku dah tangkap.. hahaha.. selamat tinggal KMPP!! im not going to miss you! :D


 kawasan dataran pelajar di tengah2 KMPP..

 mesin ATM tempat budak2 tade duit selalu berkumpul..


 makmal fizik tingkat 2..
boring tatau nak wtpe..:P
kalu korang nampak.. kat depan cikittt cendawan maksiat..
bagi kitorang biro sahsiah ni prefere panggil cendawan tuh cendawan dakwah..:)

 bilik tutor..:) 

 tempat budak2 perasan tinggi..

pokok cair (dekat kesis-kedai siswa and hostel laki)


dikatakan pokok2 tepi jalan nih akan berbunga setiap kali exam makin dekat.. bunga die  macam pokok sakura kot!.:D

 wallnotes aku yang cantaik..

 suasana di mostly setiap kuliah F5..:D


cafe d (dewan kuliah)

 dewan al-farabi-->sesi JPP bersama pelajar..

tasik kmpp.. tempat merelease tension petang2..
ada ikankeli albino..:D



 aktiviti menderma darah kepada 3 buah hospital..
tapi aku tak dibenarkan derma sebab anemia aku tak sembuh2 lagi..~_~""

 blok asrama aku taun lepas..:)
tak ketinggalan sahabat karib di kmpp.. charlie or nama femes geng aku pgel is caca..
hahah.. nih encik2 caca yang geng aku berjaya tangkap dalam satu malam..:P

Students at KMPP 11/12 (19 gambar)

assalamualaikum guys.. lama betol aku tak updates blog kan? huhuh.. sory dearest.. aku sekarang tengah busy cikit nak prepare untuk peperiksaan semester peringkat matrikulasi (PSPM 1) yg akan start jumaat nih (28/10/2011).. mengingatkan diri aku yang tak study apa lagi nih, so aku pon menyibukkan la diri untuk beronline.. tak paham? huhu.. aku  pon..

korang nak tahu.. a week befoe exam (minggu kepas la) aku dan budak2 class also sekuliah dan course yang seangkatan (science physical) berhempas pulas nak menghabiskan silibus keempat2 subjet sebab exam da mkin dekat! memang tak tahan punya tension sebab lecturer berebut2 booking kuliah untuk kitorang.. kitorang? malas adalah! huhh.. kat sini aku sharekan cikit gmbar2 'kekalutan' kitorang nak menghabiskan kesemua kuliah eh.. enjoy..:D


 cik kakak yeen kite tengah serius ukur suhu..:)



 dua abang2 in the clas..
azrie dengan syafiq...~~

 si budak nakal - ecam..~_~

 kak wani fokus study ker fokus tido tuh??:D

 romeo hensem in da class..-fassirin

 kata2 perangsang yang ditampal kat setiap dewan kuliah.. ciap buat banner besoo gitu!

 rutin mingguan setiap selasa 1.50 tgahri.. lrpak kat tangga tungu lecturer masuk kelas..

 ececeeh..

 study la sangat kan.. posing depan kamera ja lebih..:P


 macam biasalah.. sibok nak bergambar jer keje.. with hafiz at the back..

 yayah punya fon.. xperia-10 kot tak cilap..


 tenyumm kakak2..

 dengan satu2nya non-muslim dah kuliah and kelas aku..:D
(Surenther)

 wani ngan tikah..

serus gila study!! :D


INI HIDUP SAYA.. ANDA MACAM MANA?
...:)

Wednesday 5 October 2011

aku tenang..:)

alhamdulillah.. aku dah semakin tenang dengan dekatkan diri aku pada Tuhan.. subhanallah.. selama nih aku just tunaikan benda yang wajib sebab atas tuntutan agama.. tapi sekarang, after single aku dah banyak masa untuk berkasihan dengan dewata raja aku yang satu (ALLAH swt).. amalan sunat watkan aku rindu pada DIA yang tak pernah menyintai aku sebagai hambaNYA ( korang jugak)..:)


rolling in the deep.. FOR YOU..:)

hari tu aku penah post jiwang2 kat blog aku kan?? hahaha.. bila pikir balik macam bon**** plak.. huhu.. by the way.. aku dah pun amek masa nak bermuhasabah diri.. lastly aku jumpa jalan kuar..:)

aku perbanyakkan diri aku dekatkan dengan ALLAH.. alhamdulillah.. aku berjaya! hahaha..
well kat luar sana yang putus cinta tuh, tak perlu nak touching2 sangat.. buang masa ja.. baik baca Quran or study.. pun dapat pahala free..

 k lar.. aku pon tanak ckap bnyak.. kat cini aku sharekan lagu madi jane.. lau korang nak tau, madi jane ni baru berumur 14 tahun!! tingkatan dua tuh beb.. cantik plop tuh.. hihi.. babnya, lagu nih kena ng jiwa aku skrang nih.. layan jom..:D


There's a fire starting in my heart,
Reaching a fevered pitch and it's bringing me out the dark.
Finally, I can see you crystal clear,
Go ahead and sell me out and I'll lay your ship bare,
See how I'll leave with every piece of you,
Don't underestimate the things that I will do.

There's a fire starting in my heart,

Reaching a fever pitch and it's bring me out the dark.

The scars of your love remind me of us,

They keep me thinking that we almost had it all.
The scars of your love, they leave me breathless,
I can't help feeling,

We could have had it all,

(Your gonna wish you, never had met me)

Rolling in the deep,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
 
You had my heart inside your hand,
(You're gonna wish you never had met me)
 
And you played it to the beat.
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)

Baby, I have no story to be told,

But I've heard one on you and I'm gonna make your head burn,
Think of me in the depths of your despair,
Making a home down there as mine sure won't be shared,

The scars of your love remind me of us,

(You're gonna wish you never had met me)
 
They keep me thinking that we almost had it all.
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
 
The scars of your love, they leave me breathless,
(You're gonna wish you never had met me)
 
I can't help feeling,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/adele/rolling_in_the_deep.html ]
We could have had it all,
(You're gonna wish you never had met me)
 
Rolling in the deep.
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
 
You had my heart inside your hand,
(You're gonna wish you never had met me)
 
And you played it to the beat.
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)

Could have had it all,

Rolling in the deep,
You had my heart inside of your hands,
But you played it with a beating.

Throw your soul through every open door,

Count your blessings to find what you look for.
Turn my sorrow into treasured gold,
You'll pay me back in kind and reap just what you've sown.

(You're gonna wish you never had met me)

We could have had it all,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
 
We could have had it all.
(You're gonna wish you never had met me),
 
It all, it all, it all.
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)

We could have had it all,

(You're gonna wish you never had met me)
 
Rolling in the deep.
(Tears are gonna fall, rolling in the deep
 
You had my heart inside of your hand,
(You're gonna wish you never had met me)
 
And you played it to the beat.
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)

Could have had it all,

(You're gonna wish you never had met me)
 
Rolling in the deep.
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
 
You had my heart inside of your hands,
(You're gonna wish you never had met me

But you played it,

You played it,
You played it,
You played it to the beat.


 Madi jane.. comel kan..:)