Blogger Layouts

Followers

Saturday 17 May 2014

Ketenangan Yang Di cari.

Assalamualaikum..:)

Alhamdulillah dua tiga hari ni ain lebih tenang menjalani rutin sebagai seorang pelajar.. Dan alhamdulillah ain dah belajar redha dengan perkara sekeliling ain.. perasaan keras kepala dan ego yang pernah terbuku lama dalam diri ni ain nak kikis sikit demi sikit.. ain taknak lagi dibenci atas sikap ain yang mementingkan diri dan perasaan ain lebih daripada org lain...

Ain mungkin lah tidak sekuat Siti Khadijah dan mahupun Rabiatul Adawiyah dalam melawan nafsu, namun Insyaallah ain akan cuba mempertahankan agama dan maruah diri setabah serikandi2 Islam.. Doakan ain kuat dalam mengharungi dugaan dunia mahupun ujian yang bakal ain lalui dalam arus perubahan ini.. ain taaknak sekali lagi terjatuh dalam lurah nafsu yang tiada hujungnya..

Insyaallah ain mungkin terpaksa berkorban di dunia sementara ini, namun ain tahu balasan utk setiap perbuatan kita di dunia sedang menanti dan tumbuh di akhirat sana..:) Insyaallah..



Friday 16 May 2014

Kuatkan Aku?

Assalamualaikum dearest..:)

Entry kali ni ain lebih kepada luahan perasaan saja... maaf ya..

Entah kenapa kebelakangan ni air mata menjadi terlalu murah untuk mengalir.. apabila terkenang kembali kenangan kecil yang pernah aku lakukan, melukakan perasaan, tersalah cakap, sedikit terkasar, mahupun terjeling sombong semuanya hanyalah air mata sebagai pengakhiran.. ALLAH.. terlalu banyak dosa yang aku lakukan selama ini, dan terlalu ringan pula aku anggap dosa2ku itu hingga tidak pernah terdetik sedikit pun utk aku berpaling meminta maaf apatah lagi untuk berubah..

namun kini semua dosa2 kecil itu ibarat memanggil2 dan membuatkan aku terkenang2 akan kesilapan masa lalu kesilapan di mana aku mungkin telah melukakan hati seseorang, mungkin juga aku telah mengaibkan seseorang tanpa aku sedari...

Namun Alhamdulillah, Tuhan beri aku kekuatan utk menghubungi kawan yang dulunya sangat rapat namun terpisah dek kerana satu kesalahan yang tidak nampak di mana datangnya... sedikit perbualan dan kata maaf di hulur, dan aku telah dapatkan kembali sedikit ketenangan jauh di lubuk hati ini.. namun semuanya masih belum berakhir.. hati ini telah banyak terpalit noda2 hitam yang amat sukar utk dibersihkan..

Ketenangan yang aku cari tidak hadir sepenuhnya dalam hati ini. mungkin ini balasan bagi perbuatan aku.. mungkin semua ni ujian yang perlu aku hadapi utk menghapuskan dosa2 kecilku.. aku redha Ya Allah.. jika ini tertulis buatku..

Akan aku tinggalkan segala yang melalaikan aku, aku hanya ingin mencintai Tuhanku.. Aku ingin mengabdikan hati, jiwa dan tubuhku hanya pada Tuhanku.. Ampuni aku Ya Allah... terimalah hambaMu yang kotor lagi hina ini.. Sucikanlah aku kembali.. Bersihkanlah hatiku agar dapat aku sujud kepadaMu dgan tenang dalam mencari redhaMu.. Kembalikanlah juga kemanisan iman yang pernah kau kurniakan kepadaku suatu ketika dahulu.. di ketika, hanya Engkau yang aku miliki..

*biarlah aku korbankan mata ku untuk menangis di dunia, daripada aku harus menangis di akhirat lantaran tidak pernah ingin mngenali Penciptaku..