Blogger Layouts

Followers

Saturday, 17 May 2014

Ketenangan Yang Di cari.

Assalamualaikum..:)

Alhamdulillah dua tiga hari ni ain lebih tenang menjalani rutin sebagai seorang pelajar.. Dan alhamdulillah ain dah belajar redha dengan perkara sekeliling ain.. perasaan keras kepala dan ego yang pernah terbuku lama dalam diri ni ain nak kikis sikit demi sikit.. ain taknak lagi dibenci atas sikap ain yang mementingkan diri dan perasaan ain lebih daripada org lain...

Ain mungkin lah tidak sekuat Siti Khadijah dan mahupun Rabiatul Adawiyah dalam melawan nafsu, namun Insyaallah ain akan cuba mempertahankan agama dan maruah diri setabah serikandi2 Islam.. Doakan ain kuat dalam mengharungi dugaan dunia mahupun ujian yang bakal ain lalui dalam arus perubahan ini.. ain taaknak sekali lagi terjatuh dalam lurah nafsu yang tiada hujungnya..

Insyaallah ain mungkin terpaksa berkorban di dunia sementara ini, namun ain tahu balasan utk setiap perbuatan kita di dunia sedang menanti dan tumbuh di akhirat sana..:) Insyaallah..



Friday, 16 May 2014

Kuatkan Aku?

Assalamualaikum dearest..:)

Entry kali ni ain lebih kepada luahan perasaan saja... maaf ya..

Entah kenapa kebelakangan ni air mata menjadi terlalu murah untuk mengalir.. apabila terkenang kembali kenangan kecil yang pernah aku lakukan, melukakan perasaan, tersalah cakap, sedikit terkasar, mahupun terjeling sombong semuanya hanyalah air mata sebagai pengakhiran.. ALLAH.. terlalu banyak dosa yang aku lakukan selama ini, dan terlalu ringan pula aku anggap dosa2ku itu hingga tidak pernah terdetik sedikit pun utk aku berpaling meminta maaf apatah lagi untuk berubah..

namun kini semua dosa2 kecil itu ibarat memanggil2 dan membuatkan aku terkenang2 akan kesilapan masa lalu kesilapan di mana aku mungkin telah melukakan hati seseorang, mungkin juga aku telah mengaibkan seseorang tanpa aku sedari...

Namun Alhamdulillah, Tuhan beri aku kekuatan utk menghubungi kawan yang dulunya sangat rapat namun terpisah dek kerana satu kesalahan yang tidak nampak di mana datangnya... sedikit perbualan dan kata maaf di hulur, dan aku telah dapatkan kembali sedikit ketenangan jauh di lubuk hati ini.. namun semuanya masih belum berakhir.. hati ini telah banyak terpalit noda2 hitam yang amat sukar utk dibersihkan..

Ketenangan yang aku cari tidak hadir sepenuhnya dalam hati ini. mungkin ini balasan bagi perbuatan aku.. mungkin semua ni ujian yang perlu aku hadapi utk menghapuskan dosa2 kecilku.. aku redha Ya Allah.. jika ini tertulis buatku..

Akan aku tinggalkan segala yang melalaikan aku, aku hanya ingin mencintai Tuhanku.. Aku ingin mengabdikan hati, jiwa dan tubuhku hanya pada Tuhanku.. Ampuni aku Ya Allah... terimalah hambaMu yang kotor lagi hina ini.. Sucikanlah aku kembali.. Bersihkanlah hatiku agar dapat aku sujud kepadaMu dgan tenang dalam mencari redhaMu.. Kembalikanlah juga kemanisan iman yang pernah kau kurniakan kepadaku suatu ketika dahulu.. di ketika, hanya Engkau yang aku miliki..

*biarlah aku korbankan mata ku untuk menangis di dunia, daripada aku harus menangis di akhirat lantaran tidak pernah ingin mngenali Penciptaku..


Saturday, 19 April 2014

Miss you to bad, Abang. ..

Assalamualaikum dearest..

Lama sangat kan ain tak update blog? Biasalah.. sejak dari saat pertama ain pilih utk jadikan kejuruteraan sebagai bidang pengajian dan kerjaya, ain sedia maklum akan kesibukan dan kesuntukan masa yang diperolehi oleh seorang pelajar kejuruteraan..

Namun walau sesibuk mana pun seorang pelajar, mesti ada sesuatu yang dijadikan benda utk melepaskan tekanan seharian mengadap buku, assignment dan projek-projek.. Bagi ain sendiri, walaupun tak menetap di rumah sendiri, namun tak menghalang utk ain membela haiwan kegemaran ain (kucing)..

Kekangan tempat dan keadaan membuatkan ain tak boleh jaga kucing mcm yang selalu ain buat.. sebagai pelajar yang menyewa, ain hanya mampu bagi makan kepada kucing2 liar.. Alhamdulillah.. banyak2 kucing yang ain pernah bagi makan, semuanya mesra dan tak sombong dgan ain..

Dan salah seekor dari kucing2 liar tu ain namakan sebagai ABANG.. Abang adalah seekor kucing jantan berwarna putih dengan sedikit tompok2 oren dibadan.. kehadiran abang dalam hidup ain buat pertama kali ialah bila budak2 serumah ain sering mengadu ada seekor kucing jantan yang selalu bergaduh di kawasan rumah.. namun akibat kesibukan dgan tuntutan sebagai pelajar, ain tak pernah berpeluang berjumpa dgan kucing yang sering bergaduh tu..

Sampai lah suatu ketika, ain balik ke rumah selepas kelas dan terpandang seekor kucing sedang tidur di kawasan balkoni rumah ain.. mmg tabiat ain suka usap2 kucing tak kisah kat mana atau sedang buat apa.. ain berjalan perlahan mendekati kucing tu dan senyap2 usap kepala kucing tu.. Ya Allah.. badan kucing tu penuh dgan kesan2 luka kering.. kepala kucing tu pun dipenuhi kesan2 luka mungkin tinggalan akibat bergaduh.. telinga tak payah cerita lah, keras sebab dipenuhi kuping2 luka..

Keesokkan hari ain terus mandikan kucing tu, bagi makan dan ubati luka2 kat badan dan kepala dia.. alhamdulillah kucing tu sikit pun tak melawan dan hanya berbunyi je bila ain mandikan... ain panggil kucing tu sebagai ABANG..

Sejak dari saat tu abang dah jadi macam salah satu dr penghuni rumah sewa kami.. tiap hari abang akan balik utk makan dan bermanja2 dgan ain.. keletah abang seringkali buat ain terlupa akan masalah2 ain di kelas.. walaupun budak serumah ain tak berapa sukakan abang dan tak pernah bermain dgan abang, tapi Alhamdulillah sebab dorang tak pernah melayan buruk si abang.. Kadang2 kalau ain tak ada kat rumah, dorang la yang bagi abang dan kucing2 liar yg lain makan..

Memasuki semester baru, ain ambil keputusan untuk berpindah rumah utk tinggal bersama2 kawan ain yg dikenali sejak sekolah menengah.. sedari tu, ain tak pernah berjumpa abang.. Kadang2 ain akan lalu kawasan rumah sewa lama dgan harapan dapat berjumpa dgan abang.. mungkin bukan jodoh ain dgan abang, ain tak pernah lg jumpa dgan abang..

Hmm betapa rindunya ain dgan abang.. ain tau tempat yg selalu abang lepak, tapi tak pernah jugak jumpa abang.. dan perasaan ain kuat mengatakan yang abang dah tak ada.. kalau benar apa yang ain rasakan, berbahagialah abang di sana.. doa-doakanlah ain di sini kuat menempuhi hari mendatang dengan perasaan yang takkan pernah lupa dari merindui abang..


Abang... terima kasih sebab sudi menghadirkan diri dan dah banyak bahagiakan ain dengan kehadiran abang walaupun hanya sekejap.. ain takkan pernah lupakan abang.. hanya gambar dan memori sebagai pengganti..:')









Saturday, 28 September 2013

Small Heart, Big love



         From the first sight, I never get the idea how I will love him too much. Then he come into my life and bring joy than has taken from me before.. Thinking that I might never want to be any closed to them, then I have no hope to be in love  with him..

         His cherish make me can't be far apart from him.. His face, his laughs, his favourite,  all that make me deeply in love n never ever ever n ever thinking of losing him..

          But he just sent to make me happy only for a while. Never though that the last pair of sad looking eyes I've seen in the bus terminal is the last goodbye from him.. I just smiled and give him a kiss in the forehead.. He looks like try to tell me something, but I rushing closed the door and leave him..

          Going back to Johor really gave me a big shocked and In the time I'm trying to get use of the shocked, my sister inbox me. She said that He don't have much time any more.. He suffering since i'm having my time at Johor. The next day, I received a news that he has leave me forever..

          It almost been a month since he leave me, but my eyes still crying for him everyday.. There is no use to regret any longer.. I just never forget to pray so that I have the chance to meet him again.. Even once, or even just in my dream.. And I will never stop hoping..

For my sayang, my love always there for you... Because I'll never found love like you..

#for Mott a.k.a comott..














The day before he died..

           

Wednesday, 23 January 2013

Harimau comel

Assalamualaikum guys... kali ni ain nak sharekan pulak gambar2 binatang kegemaran ain.. mestilah TIGER! God, kalau diberi peluang of course la ain nak bela harimau comel ni..:')

jom tengok gambar2 comel n manja raja rimba ni...



shumill right? 



santai gitu...



anjenyee iye... meoww..:D






di China, sami kongsi bekal makanan dengan harimau..:)



anyonyonyo.. manje.. gerammm!



nyomey2...:')















macho benor abang tiger kite ni..



kecik2 pun da blajar mandi yee..^-^







white tiger...











gigi die nyomey2nyerr...:D



Semua gambar kat atas kredit to Mr. GOOGLE...:)

Tuesday, 22 January 2013

Cutie Kities..:)

Assalamualaikum guys.. Ahamdulillah kita jumpa lagi pada entry kali ni.. sekarang ain banyak menghabiskan masa kat rumah.. cuti sem yang singkat terpaksa dipenuhi dengan goyang kaki kat rumah sambil melayan Mr. F yang tersayang..


sambil-sambil ain online, memang tak terfikir nak update entry kat blog ni.. then, tergerak hati nak cari gambar untuk Mr. F.. habis je download gambar, ain check dalam file dan lihat banyak gambar-gambar kucing comel dengan pelbagai telatah.. kali ni, ain nak kongsikan gelagat binatang kesayangan Nabi Muhammad S.A.W dengan korang semua..:)




twins meh? :)


huargghh.. shumill!


p/s : I LOVE YOU.. 








cayaang awak! :)






ni mesti ade buat salah la ni... ngeee..















auww man.. she's too cute!










muka tanak makan sayur..:D























sangat tak boleh tahan gambar ni.. MY GOD..  HE'S SOO HANDSOME! :D


Hope all of you do enjoy the pictures..:)