Blogger Layouts

Followers

Tuesday, 1 November 2011

Pengembara dari masa depan | John Titor




 Sepuluh tahun lalu, muncul sebuah topik tentang seseorang yang mengaku sebagai pemgembara masa telah menggoncang forum² internet. Ia menggelarkan dirinya sebagai John Titor iaitu seorang Tentera AS pada tahun 2036, yang membawa misi khusus melintasi masa untuk ke zaman 1975 Demi mengambil dan menyelamatkan komputer portable pertama di dunia IBM 5100.








Mendengarnya seolah-olah kisah fiksyen sains, namun John Titor akhirnya menjadi perdebatan paling spektakular dan kontroversi sejak tahun 2001 hinggalah sekarang!

Ia menjadi lagenda di dunia maya, kerana informasi yang diberitahunya mengenai masa depan (Abad 21) sebahagiannya telahpun dibuktikan benar² terjadi. Dan ketika pada awal 2001, John Titor kembali ke zamannya iaitu era 2036.

Informasi yang dibawa oleh John Titor itulah yang sangat menggemparkan dunia maya kerana telahpun satu persatu berseiringan dengan perjalanan masa, apa yang diperkatakan olehnya mulai terlihat kebenarannya. Ia juga memuat baik skema mesin waktu yang digunakannya untuk memberitahu tugasnya dan menyebarkan formula ilmiah mesin tersebut di forum² internet.

Siapakah John Titor? Beliau mendakwa bahawa telah lahir pada tahun 1998 di Florida, AS dan beliau juga mendawa bahawa telahpun berjaya menjalankan misinya untuk kembali ke tahun 1975 demi mengambil PC IBM 5100 dikeranakan PC itu memiliki program bahasa unix yang tidak pernah lagi digunakan pada komputer generasi sesudahnya.

Menurut John, semua sistem unix akan menghadapi “time error”pada tahun 2036 dan disebabkan itu IBM 5100 itu sangat penting bagi mereka. Ketika perdebatan hangat itu sedang terjadi tentang kebenaran kewujudan pengembara masa, pernyataan John Titor kemudian diakui kebenarannya oleh pihak IBM. Mereka kagum kerana ketika PC IBM 5100 sedang dicipta pada tahun 1975, hanya 5 orang sahaja yang berkemampuan untuk memecahkan bahasa unix pada komputer itu. Maka dari manakah John dapat mengetahui rahsia itu?

John mengakui mesin masa yang digunakannya adalah daripada model C204 iaitu sebuah mesin masa ciptaan mini dengan kapasiti muatan 3 orang untuk merentasi masa. Mesin itu adalah hak milik tentera AS pada tahun 2036, dan kewujudan mesin masa pada zaman itu bukanlah dilihat sebagai suatu barang aneh walaupun ia dianggap sangat eksklusif. Model lain yang lebih besar adalah daripada jenis C206 buatan General Electric (GE) yang mampu memuatkan penumpang sehingga 7 orang dalam satu-satu masa. Mesin ini hanya mampu membawa mereka maksimum 60 tahun ke masa silam dengan kecepatan 10 tahun per jam!



nak tahu lagi?? jom lawat taoyauajer...

No comments:

Post a Comment