Blogger Layouts

Followers

Sunday, 13 November 2011

Antara cinta, sayang, suka dan minat

assalamualaikum dearest.. hihihi.. okeh sebelum ape2 aku nak bagitahu korang satu benda nih.. start dari ape yg aku nak tulis nih, aku akan gunakan nama aku sendiri sebagai pengenalan aku eh.. nak guna 'aku' nih macam kasar sangat denagn korang walaupun pada hakikatnya saya ain agak kejantanan sikit.. SIKIT je yer.. tak banyak..

orait.. back to the topic.. tengok tajuk pun tahu kan.. CINTA, SAYANG, SUKA & MINAT.. mana satu yang dapat menggambarkan perasaan sebenar korang pada seseorang? before that, korang tahu ker beza keempat-empat perkataan tuh.. tak tahu??? hahh, meh sini ain nak bagi tahu..:)

MINAT -> minat adalah tahap pertama yang korang kena lalui bila mengenali seseorang.. tak kiralah cikgu ker ape ker.. tapi  minat tak menggambarkan korang boleh jatuh cinta kat dia tau. so, beware kalau nak mengaku cinta! minat nih ada sesuatu dalam diri dia membuatkan korang tertarik untuk lebih mengenali dia lagi.. contohnya, korang suka piano or whatever, tapi korang tak reti main..  dia pulak pandai main piano dan korang berminat nak  mendekatinya.. that's mean korang hanya minat dia sebab piano okeh?

SUKA -> dah lepas stage minat, mula la menimbulkan bibit suka.. tapi suka sahaja pun tak bermakna kita boleh sehidup semati dengan dia.. kita mungkin sukakan dia kerana attitude dia saja.. such as, dia kelakar, happy go lucky dan mungkin agak 'gila-gila'.. kita seronok bila bersama dengan dia dan dia membuatkan kita tak kering gusi dengan ketawa.. tapi semua tuh tak kan membuatkan kita sampai 'ter'angau kalau seminggu tak jumpa..

SAYANG -> sayang lebih menyentuh tentang perasaan.. saat korang terluka, kecewa, korang akan memikirkan dia.. mengharapkan dia ada ketika itu untuk berkongsi kesusahan yg dialami.. sayang akan mula tercipta jika si dia sering menjadi  TELINGA kepada masalah kita..

CINTA -> kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita.. segala perlakuan kita, apa yang kita buat, sebolehnya nak dia org pertama yang tahu! kita sehabis mungkin menjaga hati dia sebab tak nak dia terluka.. pendek kata, kalau korang sanggup buat apa sajalah walaupun meninggalkan dia untuk orang yang lebih boleh membahagiakan dia, that's mean you're in love babes!!!

cintailah pasangan kita demi cintaNYA...

tapi bagi ain, cinta tak semestinya berkorban.. mungkin bagi kita apa yg kita buat adalah untuk kebaikan si dia, tapi hati si dia hanya TUHAN yg tahu.. bahagiakah dia? atau lebih deritakah dia?? jika anda bercinta, jagalah hati sendiri dan pasangan anda.. bila dah kehilangan, memang tak terucap sesalannya..:))

ATTENTION MUSLIMS!!!

assalamualaikum guys.. dalam sedar tak sedar rupa2nya kita sering menggunakan perkataan dan perbuatan yang membawa maksud lain bagi bahasa penghantar yang berbeza.. masa aku sesaja menghabiskan boraih sambil mengadap ladtop, aku ternampak satu gambar yang ditangkap dari atas kertas oleh ex-cikgu aku masa lat teknik dulu ( sekarang lecturer kat kmtk pendang)..


tekezut la jugak masa baca.. korang faham2 lah bila baca eh..:))

Saturday, 12 November 2011

my lovely love..:D

assalamualaikum.. ketemu lagi.. hihi.. dah macam apadaa.. well biasa lah.. selagi aku tak balik kolej, memang keja aku mengadap depan ladtop je lar.. plan nak wat lab report untuk whole sem 2 ni pun tinggal angan2 yg terbengkalai je lah sebab baru siap 2 set, ada lagi 7 set. hahaha.. boring mengadap buku cuti2 nih!!

okeh.. this time aku tak tahu nak cerita apa lagi sebab aku pun tak menyempat nak menjelajah mencari new story.. lau aku rajin nanti aku story2 lah kt korang eh.. tapi kali nih aku nak sharekan aku punya cinta2 yang memang aku CINTA sampai mati lah.. hehe.. aku sayang dorang nih sangt... MELEBIHI SEGALANYA!! lau korang suruh aku pilih antara pakwe (kalau ada la) or dorang nih, baik aku pilih dorang nih.. sebab dorang nih tak pernah lupa aku..:D enjoy!!

 ahcik sayang kakak die sangat (pipi)..

 ahcik kesayangan sekarang ada kat langkawi (pakndak aku yg bela)..

 baby2 tompe.. tak sempat nak bagi nama pun..

 tompe the lovely mummy wif babies..

 hamster memey kesayangan with babies..

 MG (mr. green), satu2nya binalang yg tak berbulu kesayangan aku.. sekarang dah besar.. terpaksa letak dalam baby bath tub sebab susah nak cari rumah baru ntuk MG..

 3beradik yg tak boleh berpisah.. hihihi.. comey sangat dorang nih.. kalau sekor aku bawak keluar, yg lagi dua ekor nih pon mula lah melancarkan serangan ganas (nak keluar jugak)..:D

 zuran.. kucing yg aku bela kat hostel KMPP last year, tapi dah takde.. mati sebab termakan benda pedas dalam nasik die.. pastu die cirit and tak lalu makan untuk almost a week.. sehari sebelum die mati tuh, baru la slera makan die naik.. tapi nak wat cmna.. hmmm..

 cikbut aku (illo) 
mood : merajuk (baru lepas kena pukul kat bontot sebab berak dalam bilik)

  husband memey (momo) yg gemok dan pemalas! tahu nak curi kuaci yg memey curik dan sembunyik dalam mulut die.. kat blakang momo tuh baby die (tertindih)..

port feveret-- kekisi tingkap bilik aku..
aku bukak jer tingkap pepagi, terus celapak lompat naik situ.. 
selagi takde awek lalu, selagi tu lah die tak turun..

 tido bergumpal2.. hihihi.. comel..:P

momo suka senyum..:D

memey yg paling aku cinta mati.. dah mati sebab terhempap tilam rumate aku bulan puasa taun lepas..:'(
sayang memey sesangat..

kat sini aku ada wat notes masa memey baru jer mati.. memang memey kehilangan yg besar dalam hidup selepas kutty (kucing istimewa - tangan dan kaki die panjang)..

 ini hati aku ---> CINTAKU HANYA UNTUK DIA..

Friday, 11 November 2011

Dalam dilema..

assalamualaikum.. hai guys!! almost 2weeks aku tak update blog kan?? sorry sesangat dearest.. aku mmg gila2 busy sebelum nih, dengan exam and dengan keadaan yg tak mengizinkan.. tapi alhamdulillah sekarang aku dah makin sihat dan boleh berlari sepuasnya dah!! :D 

dah habes exam nih, mula lah hati aku tak tenang memikirkan result yang akan kuar tak lama lagi nih..  hurmm.. macam nak gagal pun ada jugak.. just like  kawan aku cakap la, jawab paper macam tak belajar apa, setahun setengah bazir masa kot!! heishh,, takmo2!

hopefully aku tak kan kecewakan parents aku dengan result kali nih.. btw, aku tgah pening kepala jugak fikirkan course ape aku nak sambung nih... hikk.. mentor aku pernah tanya, korang nak sambung apa lepas keluar nanti.. nak tahu apa aku jawab?? engineer or veterinar.. mentor aku tersedak kot, jauh beza bebeno 2 bidang tuh.. aku pun story la kat mentor and classmate2 aku.. family aku mostly suma engineer and cikgu.. aku nih plak manusia yang paling suka binatang dalam family.. aku nak jadi cikgu?? atok aku awal2 lagi buat demonstrasi membangkang.. hahaha.. katanya aku garang sgt, tak sesuai jadi cikgu, nurse?? lagi la kena reject.. huhh.. lastly aku pon amek lah electric and electronic engineering masa aku kat sekolah teknik.. dari situ lah bermulanya minat dan cinta aku terhadap mesin.. 

family occupation..

tapi, bila paksu aku kahwin dengan maksu aku (sekarang sedang berjuang untuk segulung pHD kat Newzealand), maksu aku tanya plak.. napa noin tak jadi doktor jer?? arghh kacau betol!! then aku pon terpikir la jugak.. kat area Kedah nih memang kurang klinik haiwan.. aku teringat masa anak kucing aku kena mata kail bapa taun lepas, suma klinik haiwan yg aku jumpa satu pun tak bukak!! mmg shit betol.. menangis aku tengok anak kucing aku yang selalunya buas, duduk diam jer dalam keta sebab sakit.. lastly smpai  kemalam baru mak ayah aku dapat ubati anak kucing aku tuh tapi tatau macam mana (sebab aku kena balik hostel dah petang tuh.. sedih..:'((

so sekarang nih... aku nak meneruskan kecintaan aku terhadap mesin ker or memperjuangakn nasib2 kucing2 and binatang2 kat luar sana?? ://

cikbut kesayangan..

Tuesday, 1 November 2011

Pengembara dari masa depan | John Titor




 Sepuluh tahun lalu, muncul sebuah topik tentang seseorang yang mengaku sebagai pemgembara masa telah menggoncang forum² internet. Ia menggelarkan dirinya sebagai John Titor iaitu seorang Tentera AS pada tahun 2036, yang membawa misi khusus melintasi masa untuk ke zaman 1975 Demi mengambil dan menyelamatkan komputer portable pertama di dunia IBM 5100.








Mendengarnya seolah-olah kisah fiksyen sains, namun John Titor akhirnya menjadi perdebatan paling spektakular dan kontroversi sejak tahun 2001 hinggalah sekarang!

Ia menjadi lagenda di dunia maya, kerana informasi yang diberitahunya mengenai masa depan (Abad 21) sebahagiannya telahpun dibuktikan benar² terjadi. Dan ketika pada awal 2001, John Titor kembali ke zamannya iaitu era 2036.

Informasi yang dibawa oleh John Titor itulah yang sangat menggemparkan dunia maya kerana telahpun satu persatu berseiringan dengan perjalanan masa, apa yang diperkatakan olehnya mulai terlihat kebenarannya. Ia juga memuat baik skema mesin waktu yang digunakannya untuk memberitahu tugasnya dan menyebarkan formula ilmiah mesin tersebut di forum² internet.

Siapakah John Titor? Beliau mendakwa bahawa telah lahir pada tahun 1998 di Florida, AS dan beliau juga mendawa bahawa telahpun berjaya menjalankan misinya untuk kembali ke tahun 1975 demi mengambil PC IBM 5100 dikeranakan PC itu memiliki program bahasa unix yang tidak pernah lagi digunakan pada komputer generasi sesudahnya.

Menurut John, semua sistem unix akan menghadapi “time error”pada tahun 2036 dan disebabkan itu IBM 5100 itu sangat penting bagi mereka. Ketika perdebatan hangat itu sedang terjadi tentang kebenaran kewujudan pengembara masa, pernyataan John Titor kemudian diakui kebenarannya oleh pihak IBM. Mereka kagum kerana ketika PC IBM 5100 sedang dicipta pada tahun 1975, hanya 5 orang sahaja yang berkemampuan untuk memecahkan bahasa unix pada komputer itu. Maka dari manakah John dapat mengetahui rahsia itu?

John mengakui mesin masa yang digunakannya adalah daripada model C204 iaitu sebuah mesin masa ciptaan mini dengan kapasiti muatan 3 orang untuk merentasi masa. Mesin itu adalah hak milik tentera AS pada tahun 2036, dan kewujudan mesin masa pada zaman itu bukanlah dilihat sebagai suatu barang aneh walaupun ia dianggap sangat eksklusif. Model lain yang lebih besar adalah daripada jenis C206 buatan General Electric (GE) yang mampu memuatkan penumpang sehingga 7 orang dalam satu-satu masa. Mesin ini hanya mampu membawa mereka maksimum 60 tahun ke masa silam dengan kecepatan 10 tahun per jam!



nak tahu lagi?? jom lawat taoyauajer...

Monday, 31 October 2011

nikah khitbah (gantung): perkahwinan kampus

Khitbah Bukan Tunang


Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.


Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.


Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.


Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.


Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?


Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.


Khitbah di IPT


Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.


Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.


Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.


Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.


Risiko


Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama! : )


link daripada mavourneen :)

Saturday, 22 October 2011

KMPP dalam kenangan..:D

tak lama lagi aku dan semua studentas KMPP batch 10/11 akan menamatkan pengajian.. tak sabar betol!! so, sbgai kenagan agar tak rindu2an nanti, aku terasa teringin nak upload gmbar kmpp yg aku dah tangkap.. hahaha.. selamat tinggal KMPP!! im not going to miss you! :D


 kawasan dataran pelajar di tengah2 KMPP..

 mesin ATM tempat budak2 tade duit selalu berkumpul..


 makmal fizik tingkat 2..
boring tatau nak wtpe..:P
kalu korang nampak.. kat depan cikittt cendawan maksiat..
bagi kitorang biro sahsiah ni prefere panggil cendawan tuh cendawan dakwah..:)

 bilik tutor..:) 

 tempat budak2 perasan tinggi..

pokok cair (dekat kesis-kedai siswa and hostel laki)


dikatakan pokok2 tepi jalan nih akan berbunga setiap kali exam makin dekat.. bunga die  macam pokok sakura kot!.:D

 wallnotes aku yang cantaik..

 suasana di mostly setiap kuliah F5..:D


cafe d (dewan kuliah)

 dewan al-farabi-->sesi JPP bersama pelajar..

tasik kmpp.. tempat merelease tension petang2..
ada ikankeli albino..:D



 aktiviti menderma darah kepada 3 buah hospital..
tapi aku tak dibenarkan derma sebab anemia aku tak sembuh2 lagi..~_~""

 blok asrama aku taun lepas..:)
tak ketinggalan sahabat karib di kmpp.. charlie or nama femes geng aku pgel is caca..
hahah.. nih encik2 caca yang geng aku berjaya tangkap dalam satu malam..:P