Blogger Layouts

Followers

Saturday, 6 August 2011

aku tahu kau sayang aku..

Dalam tidurmu, ada aku
Dalam jagamu, ada dia
Dalam sepimu, kau rindu aku
Dalam sukamu kau rindu dia.

Kau pergi jauh namun kau tetap rindu aku
Namun kau kata kau rindu dia
Raut wajahmu menggambarkan kau ingin aku
Tapi kau nafikan kerana kau ada dia.

aku tau kau sayang padaku
walau kau sudah ada dia
namun kau sukar hidup tanpaku
kerana aku pencinta yang setia.

Kau kata tiada lagi rasa
Untuk matikan sayangku padamu
Ku tahu katamu hanya dusta
Demi menjaga maruah dan egomu.

Dulu sehari-hari kau menjengukku
Kini semua itu tiada lagi
Namun ku tau kamu mahu bersamaku
Kerana cintamu padaku tak pernah mati.



No comments:

Post a Comment