Assalamualaikum guys.. :) tiba-tiba hari ni datang mood aku nak memblogging pulak.. lepas berapa hari aku tak create post.. huhhu.. tapi kali ni aku nk share something yang aku sendiri TERPAKSA terima..
Siapa benci PISANG sila angkat tangan! ( of course aku orang pertama)
Sedang aku mencari petua nak kurus tadi, tetiba kuar satu scene depan mata aku... PISANG! mula-mula aku dah nk termuntah bila terbayangkan pisang berwarna kuning dengan kulit agak basah-basah yang menjadi kesukaan monyet-monyet.. Tapi aku tetap teruskan pembacaan bila terlihat banyak yang berkait dengan aku tentang pisang nih.. jom baca! :D
Anemia:
Bagi sesapa yang mengalami anemia (darah merah kurang) macam aku amatlah bagus mengambil hidangan yang berasaskan pisang kerana pisang mengandungi zat besi yang tinggi, dan mampu merangsang penghasilan haemoglobin (darah merah) di dalam darah dan tak langsung membantu anda sembuh.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah yang berasal dari hutan tropikal unik ini juga mengandungi kadar potassium yang tinggi serta rendah NaOH (garam) menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. Sesuai bagi yang manghidapi darah tinggi dan darah rendah..
Kuasa Minda:
Untuk pengetahuan anda semua satu kajian telah dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert). So, sape yang nak lulus exam dengan cemerlang, belajar-belajar lah makan pisang (dituju kepada diri sendiri)..
Penghadaman:
Alamak! Ni masalah besar bagi aku sebab aku memang bermasalah besar nak membuang a** b****. Pisang mengandungi khasiat gentian yang tinggi dan menjadikan pisang sebagai diet seharian. Lepas ni mesti aku akan kerap melawat toilet.. huhuhuu..:'(
Keletihan:
Ni pun salah satu maalh aku jugak.. Biasalah, student.. Kelas non-stop dari pukul 8pg sampai 5petang (lebih sejam dari pejabat). Salah satu cara terbaik untuk aku dan anda mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu (eeuiii). Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula..:(!
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari anda untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi (morning sickness??)..
Gigitan Nyamuk:
Gatal sebab kena gigit nyamuk?? Cuba korang sapukan kulit pisang kat tempat yang kena gigit tuh.. Ramai dah berjaya.. Mungkin berlendir sikit, tapi tak gatal..:)
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf macam aku yang tak berapa nak tenang nih..hihihi..:P
So, banyak kan khasiat pisang?? Maknanya, aku kena belajar makan pisang la lepas nih.. huhhu.. TIDAK!!
\
Ape kau senyum-senyum kat aku? Aku tak suka PISANG!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment