Blogger Layouts

Followers

Saturday 14 April 2012

Tafsiran Mimpi 1 | Tentang Anggota Badan Part 1



Assalamualaikum.. lama kan Ain tak update blog? Alhamdulillah baru tercetus idea untuk entry kali nih.. entry ape? Kali nih ain nak sentuh pasal mimpi pulak.. mesti korang semua pernah mimpi dan tertanya-tanya apa maksud mimpi korang bila terjaga dari tido kan?

so, kat sini Ain senaraikan serba sedikit tentang tafsiran mimpi yang Ain tahu.. macam mana Ain boleh tafsir mimpi-mimpi nih? Semuanya Ain dapat dari pembacaan.. Please enjoy the reading..:)


  1. Kalau bermimpi kepala timbul luka-luka yang banyak, alamatnya akan memperolehi keuntungan.
  2. kepala keluar tanduk - ada perselisihan faham yang akan dialami.
  3. bermimpi memotong rambut atau bercukur - ada di antara kaum keluarga yang terganggu kesihatannya.
  4. rambut keguguran - akan tiba kesedihan atau alamat kurang baik.



  5. rambut keputihan atau keguguran - kegembiraan akan beralih dengan kesedihan atau sesudah terang timbul dengan tiba-tiba kegelapan.
  6. rambut seketika menjadi lebat - kegembiraan segera tiba atau bila telah berumah tangga alamat akan memperolehi anak.
  7. bermimpi rambut menutup mata - dirinya akan mengalami celaan atau jelekan yang secara tiba-tiba.
  8. menyikat rambut menutup mata - kesengsaraan dirinya atau kesedihannya akan segera berubah menjadi senang dan gembira.




  9. melihat seseorang berambut merah saga - akan berjaya dalam perniagaan sendiri.
  10. rambut berwarna merah - akan menghadapi perasaan hati yag kurang menyenangkan.
  11. melihat rambut palsu - anda akan ditipu oleh orang yang disangka kawan rapat.
  12. rambut putih - anda akan cepat beruntung dalam usaha perniagaan dan akan berumua panjang.
  13. mencuci rambut - hendaklah berhati-hati dan jangan terlalu bersifat serampang kerana akan tiba pergaduhan.
  14. memotong rambut orang lain -  berhati-hatilah terhadap rencana yang akan datang.
  15. muka keluar warna hitam - keadaan kurang baik dalam sehari dua akan datang.
  16. bermimpi muka terlalu bahagia - khabar baik bagi anda dan sahabat.






  17. muka masam - anda akan mengalami kerugian.
  18. muka canti molek terutama terhadap kaum wanita - kehidupan cinta akan bahagia ( jika sedang bercinta )
  19. bercermin muka - anda hendaklah berhati-hati dalam sesuatu tindakan yanng anda lakukan.
  20. hdung berdarah - alamat akan mengalami sesuatu keuntungan walaupun hanya sedikit.
  21. jika mimpi badan gemuk dan kuat - akan dimuliakan orang  dan ramai orang akan menghormati anda.
  22. jika mimpi badan kurus - alamat tidak baik dalam pergolakan hidupnya. tiada rezei yang datnag.
  23. jika mimpi badan merasa payah, letih dan penat - segala yang dicita tidak akan termakbul.



  24. badan keluar kutu atau luka-luka - rezeki akan muncul, kesusahan akan terhindar atau bila anda ditimpa sakit, maka sakit itu akan sembuh.
  25. badan anda berpeluh-peluh - rezeki anda akan muncul, kesusahan akan hilang seketika dan berbahagia.
  26. mimpi gigi tanggal   (gigi atas) - orang tua anda akan ditimpa kemalangan
                                  (gigi bawah) - isteri / anak / cucu / ahli keluarga yang lebih muda.
  27. bermimpi melihat perut sendiri - terhindar daripada kesusahan yang selama ini melanda.
  28. badan terikat dengan rantai -  akan mengalami sakit.



  29. tangan atau kaki putus - akan datang kesusahan mengenai harta.
  30. tangan terkena kotoran -  dalam usaha yang dijalankan walau sedikit akan mengalami keuntungan.
  31. kaki mengeluarkan air - akan menjadi penghulu.
  32. mimpi melihat tangan yang elok - akan mempunyai bakat seni.
  33.  tangan yang kuat - berjaya daam politik, sukan atau perniagaan.






    nantikan sambungan part 2 tak lama lagi.. insyaALLAH..:)




4 comments:

  1. hahaha...mimpi mcm2 kan...
    rajin singgah la kt sini sama ^_^
    http://adisminds.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ade lagi sambungan mimpi2 nih... malas sangat nak tulis.. kene cari mood dulu..:P

    ReplyDelete
  3. Saya selalu mimpi isteri sya..biar kmi ada masalah. Berasing tempat tinggal

    ReplyDelete
  4. Saya selalu mimpi isteri sya..biar kmi ada masalah. Berasing tempat tinggal

    ReplyDelete