Blogger Layouts

Followers

Saturday 19 April 2014

Miss you to bad, Abang. ..

Assalamualaikum dearest..

Lama sangat kan ain tak update blog? Biasalah.. sejak dari saat pertama ain pilih utk jadikan kejuruteraan sebagai bidang pengajian dan kerjaya, ain sedia maklum akan kesibukan dan kesuntukan masa yang diperolehi oleh seorang pelajar kejuruteraan..

Namun walau sesibuk mana pun seorang pelajar, mesti ada sesuatu yang dijadikan benda utk melepaskan tekanan seharian mengadap buku, assignment dan projek-projek.. Bagi ain sendiri, walaupun tak menetap di rumah sendiri, namun tak menghalang utk ain membela haiwan kegemaran ain (kucing)..

Kekangan tempat dan keadaan membuatkan ain tak boleh jaga kucing mcm yang selalu ain buat.. sebagai pelajar yang menyewa, ain hanya mampu bagi makan kepada kucing2 liar.. Alhamdulillah.. banyak2 kucing yang ain pernah bagi makan, semuanya mesra dan tak sombong dgan ain..

Dan salah seekor dari kucing2 liar tu ain namakan sebagai ABANG.. Abang adalah seekor kucing jantan berwarna putih dengan sedikit tompok2 oren dibadan.. kehadiran abang dalam hidup ain buat pertama kali ialah bila budak2 serumah ain sering mengadu ada seekor kucing jantan yang selalu bergaduh di kawasan rumah.. namun akibat kesibukan dgan tuntutan sebagai pelajar, ain tak pernah berpeluang berjumpa dgan kucing yang sering bergaduh tu..

Sampai lah suatu ketika, ain balik ke rumah selepas kelas dan terpandang seekor kucing sedang tidur di kawasan balkoni rumah ain.. mmg tabiat ain suka usap2 kucing tak kisah kat mana atau sedang buat apa.. ain berjalan perlahan mendekati kucing tu dan senyap2 usap kepala kucing tu.. Ya Allah.. badan kucing tu penuh dgan kesan2 luka kering.. kepala kucing tu pun dipenuhi kesan2 luka mungkin tinggalan akibat bergaduh.. telinga tak payah cerita lah, keras sebab dipenuhi kuping2 luka..

Keesokkan hari ain terus mandikan kucing tu, bagi makan dan ubati luka2 kat badan dan kepala dia.. alhamdulillah kucing tu sikit pun tak melawan dan hanya berbunyi je bila ain mandikan... ain panggil kucing tu sebagai ABANG..

Sejak dari saat tu abang dah jadi macam salah satu dr penghuni rumah sewa kami.. tiap hari abang akan balik utk makan dan bermanja2 dgan ain.. keletah abang seringkali buat ain terlupa akan masalah2 ain di kelas.. walaupun budak serumah ain tak berapa sukakan abang dan tak pernah bermain dgan abang, tapi Alhamdulillah sebab dorang tak pernah melayan buruk si abang.. Kadang2 kalau ain tak ada kat rumah, dorang la yang bagi abang dan kucing2 liar yg lain makan..

Memasuki semester baru, ain ambil keputusan untuk berpindah rumah utk tinggal bersama2 kawan ain yg dikenali sejak sekolah menengah.. sedari tu, ain tak pernah berjumpa abang.. Kadang2 ain akan lalu kawasan rumah sewa lama dgan harapan dapat berjumpa dgan abang.. mungkin bukan jodoh ain dgan abang, ain tak pernah lg jumpa dgan abang..

Hmm betapa rindunya ain dgan abang.. ain tau tempat yg selalu abang lepak, tapi tak pernah jugak jumpa abang.. dan perasaan ain kuat mengatakan yang abang dah tak ada.. kalau benar apa yang ain rasakan, berbahagialah abang di sana.. doa-doakanlah ain di sini kuat menempuhi hari mendatang dengan perasaan yang takkan pernah lupa dari merindui abang..


Abang... terima kasih sebab sudi menghadirkan diri dan dah banyak bahagiakan ain dengan kehadiran abang walaupun hanya sekejap.. ain takkan pernah lupakan abang.. hanya gambar dan memori sebagai pengganti..:')









No comments:

Post a Comment