Blogger Layouts

Followers

Sunday 13 November 2011

Antara cinta, sayang, suka dan minat

assalamualaikum dearest.. hihihi.. okeh sebelum ape2 aku nak bagitahu korang satu benda nih.. start dari ape yg aku nak tulis nih, aku akan gunakan nama aku sendiri sebagai pengenalan aku eh.. nak guna 'aku' nih macam kasar sangat denagn korang walaupun pada hakikatnya saya ain agak kejantanan sikit.. SIKIT je yer.. tak banyak..

orait.. back to the topic.. tengok tajuk pun tahu kan.. CINTA, SAYANG, SUKA & MINAT.. mana satu yang dapat menggambarkan perasaan sebenar korang pada seseorang? before that, korang tahu ker beza keempat-empat perkataan tuh.. tak tahu??? hahh, meh sini ain nak bagi tahu..:)

MINAT -> minat adalah tahap pertama yang korang kena lalui bila mengenali seseorang.. tak kiralah cikgu ker ape ker.. tapi  minat tak menggambarkan korang boleh jatuh cinta kat dia tau. so, beware kalau nak mengaku cinta! minat nih ada sesuatu dalam diri dia membuatkan korang tertarik untuk lebih mengenali dia lagi.. contohnya, korang suka piano or whatever, tapi korang tak reti main..  dia pulak pandai main piano dan korang berminat nak  mendekatinya.. that's mean korang hanya minat dia sebab piano okeh?

SUKA -> dah lepas stage minat, mula la menimbulkan bibit suka.. tapi suka sahaja pun tak bermakna kita boleh sehidup semati dengan dia.. kita mungkin sukakan dia kerana attitude dia saja.. such as, dia kelakar, happy go lucky dan mungkin agak 'gila-gila'.. kita seronok bila bersama dengan dia dan dia membuatkan kita tak kering gusi dengan ketawa.. tapi semua tuh tak kan membuatkan kita sampai 'ter'angau kalau seminggu tak jumpa..

SAYANG -> sayang lebih menyentuh tentang perasaan.. saat korang terluka, kecewa, korang akan memikirkan dia.. mengharapkan dia ada ketika itu untuk berkongsi kesusahan yg dialami.. sayang akan mula tercipta jika si dia sering menjadi  TELINGA kepada masalah kita..

CINTA -> kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita.. segala perlakuan kita, apa yang kita buat, sebolehnya nak dia org pertama yang tahu! kita sehabis mungkin menjaga hati dia sebab tak nak dia terluka.. pendek kata, kalau korang sanggup buat apa sajalah walaupun meninggalkan dia untuk orang yang lebih boleh membahagiakan dia, that's mean you're in love babes!!!

cintailah pasangan kita demi cintaNYA...

tapi bagi ain, cinta tak semestinya berkorban.. mungkin bagi kita apa yg kita buat adalah untuk kebaikan si dia, tapi hati si dia hanya TUHAN yg tahu.. bahagiakah dia? atau lebih deritakah dia?? jika anda bercinta, jagalah hati sendiri dan pasangan anda.. bila dah kehilangan, memang tak terucap sesalannya..:))

No comments:

Post a Comment