Blogger Layouts

Followers

Sunday 21 August 2011

Cuba Check | Handphone Korang Berkualiti ker??



Selama ni korang pernah tahu tak phone yang korang guna tu stakat mana sangat kualitinya?? teringin nak tahu?? Jom baca..

1. Tekan *#06# .. (Alaa.. Macam korang nak check kredit la.. Macam tak biasa plak...)

2. Then tekan butang send. Secara automatik no siri sebanyak 15 angka akan keluar di skrin telefon korang.. Contoh : 01227300-897791-9 (ni nombor siri yang kuar kat phone aku bila aku tekan.. korang punyer apa lak??)

3. Apa yang korang perlu lakukan sekarang ini adalah tengok angka yang ke-7 dan ke-8 dari nombor siri tersebut. Aku tak tahu kalau phone korang keluarkan nombor dengan warna yang berlainan sebab phone aku suma warna hitam jekk.

4. Sekarang perhatikan kedua nombor tersebut. (kalau korang tengok yang aku punye kat atas, nombor ke-7 dan ke-8 phone aku adalah 00)

5. Dari nombor ke-7 dan ke-8 inilah korang akan tahu kod negera pengeluar telefon bimbit korang. Negara pengeluar inilah yang menjadi ukuran kualiti telefon korang sebenarnya. Jom kita check...


KALAU...!


  •  Kalau nombor ke-7 dan ke-8 dari nombor siri korang adalah 01 atau 10 maka negara pengeluar telefon bimbit korang adalah Finland. Negara ini adalah pengeluar telefon bimbit yang berkualiti.
  • Kalau nombornya 08 atau 80 bermakna ianya berasal dari Jerman. Kualitinya juga bagus
  • Kalau nombornya 00 bermakna ianya dari Perancis dan kualiti memang terbaik! (macam phone aku..:P)
  • Kalau nombornya adalah 02 atau 20, ini bermakna telefon korang berkemungkinan besarnya adalah dibuat di Asia. (Taiwan atau China) dan kualitinya kurrrengg sikit dari kualiti phone yang dikeluarkan di negara-negara Eropah.
  • Kalau nombor ke-7 atau ke-8 dari nombor siri telefon korang tiada satu pun di atas.Contohnya 05 atau 03 ini bermakna kemungkinan besar telefon korang adalah telefon tiruan atau telefon rekondisi. 
So, ape kata korang cuba share sikit phone korang lahir dari negara mana??





2 comments:

  1. HAX3... kpd sesiapa yg phone dye no 04, maka e2 adlah yg terbaek dri yg terbaek... hax3.. like mine.. ( Xperia Play & Nokia C5) :)

    ReplyDelete