Blogger Layouts

Followers

Saturday 6 August 2011

nilai CINTA..

Di sebuah perkampungan, tinggal CINTA, KEKAYAAN, KESEDIHAN, dan KECANTIKAN. Mereka hidup aman harmoni dengan gaya hidup dan tabiat yang tersendiri. Walaupun begitu, mereka masih bertolak ansur dan menolong sesama sendiri seandainya ada sahabat mereka yang berada di dalam kesusahan. Mereka hidup dengan menghargai rakan-rakan sekeliling mereka kerana tahu setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kebahagian yang mereka alami tidak lama apabila tiba-tiba kampung mereka dilanda banjir besar hingga menenggelamkan semua rumah dan barang-barang keperluan mereka. CINTA yang tidak mempunyai sampan berasa bimbang. Bagaimana CINTA hendak menyelamatkan dirinya sedangkan ia tidak mempunyai walau satu sampan?

 CINTA mula berkira-kira untuk menemui KECANTIKAN yang tinggal tidak jauh daripada rumahnya. Tiba-tiba KECANTIKAN melintas dengan sampannya yang cantik berhias. CINTA tersenyum melihat KECANTIKAN. CINTA berkata,

“KECANTIKAN, aku tidak mempunyai sampan. Sudikah kau menumpangkan aku?” KECANTIKAN mendongak ke arah CINTA.

“ouhh CINTA, kau kotor sekali... Pergi jauh dari ku atau kau akan mengotorkan sampanku yang cantik ini!”

 Apabila air sudah mulai meninggi ke paras pinggang CINTA, KESEDIHAN melewati CINTA. Belum pun sempat CINTA memanggil KESEDIHAN, ia terlebih dahulu memotong.
“CINTA, aku sedang bersedih. Aku ingin bersendirian. Tolong jangan ganggu aku."

 Mendengarkan percakapan KESEDIHAN, hati CINTA diruntun pilu. CINTA mula berputus asa. Tiada siapa yang mahu menolongnya. Tiba- tiba lintas KEKAYAAN bersama-sama hartanya yang melimpah ruah. Besar harapan CINTA agar KEKAYAAN mahu menumpangkan CINTA ke kampung jiran.

“KEKAYAAN, bawalah aku bersamamu. Tiada siapa lagi yang mahu menolong aku.”

“Maaf CINTA, sampan aku sudah dipenuhi dengan hartaku. Aku tidak akan membuang harta ku hanya utuk meyelamatkan kau.”

 KEKAYAAN terus berlalu meninggalkan CINTA yang terkial-kial di dalam air banjir. CINTA menangis teresak-esak. Tiada siapa yang mahukan CINTA yang suatu ketika dulu amat dipuja dan dirindu. Pada zaman moden ini CINTA semakin dilupai dan hilang seri CINTA bagi pasangan yang berkasih.

< Disaat cinta sudah hilang harapan untuk hidup, ada seorang lelaki tua yang menarik tangan CINTA naik ke atas sampannya yang buruk. Orang tua tersebut membawa CINTA ke sebuah pulau dan meninggalkan CINTA disana. Tanpa sempat CINTA mengucapkan terima kasih, orang tua tersebut telah menghilangkan diri. CINTA segera bertanya kepada penduduk di situ, siapakah lelaki tua yang telah menyelamatkannya itu?

“Lelaki tersebut adalah WAKTU. Hanya WAKTU yang tahu betapa bernilainya CINTA itu.”


No comments:

Post a Comment